
Pertandingan Nyanyian Lagu Bahasa Cina (Saringan) (Sesi Pagi)
Pada 11 April 2025 (Jumaat), Persatuan Bahasa Cina SMK Seri Kembangan telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Bahasa Cina (Saringan) untuk murid-murid sesi pagi. Terdapatnya dua kategori yang akan bertanding, iaitu kategori solo dan kategori duo. Pertandingan saringan ini diadakan pada pukul 1 petang hingga pukul 5 petang di kelas 4SN1, 4SN2 dan 4SN3.
Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat menyanyi dalam murid-murid sambil meningkatkan pengetahuan kosa kata Bahasa Cina yang menarik.


