Select Page

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM

Pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) yang lalu, Smk Seri Kembangan telah mengadakan pertandingan kawad kaki badan beruniform di dewan PIBG. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Program ini dimulai dengan ucapan En. Mior Mohd Izzuddin diikuti nyanyian Lagu Negaraku dan ucapan Pn. Tunsiah Binti Rais. Kemudian, pertandingan dimulakan oleh kawad kaki Bulan Sabit Merah Malaysia diikuti Kadet Remaja, Pengakap, Kadet Polis, St. John dan Kadet Bomba yang menarik. Program ini mempunyai polis profesional untuk memberikan skor kawad kaki. Selepas pertandingan ini, semua guru dan peserta makan bersama di kantin. Program yang diteruskan dengan menyampaikan trofi dan hamper kepada para pemenang. Akhir sekali, semua guru dan peserta mengambil gambar bersama-sama.

About The Author

Leave a Reply