
Perasmian Minggu Koperasi

Pada 30 September 2024 (Isnin) yang lalu, Smk Seri Kembangan telah mengadakan Perasmian Minggu Koperasi di dewan PIBG. Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Majlis ini dimulai dengan ucapan Pn Teo Boon Hwa, pengetua Smk Seri Kembangan, Aktiviti diteruskan dengan persembahan 4SN3.Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada Pn.Teo oleh Pn. Nor Fatimah.

