Select Page

MAJLIS PERSARAAN PK HEM PN LOO GAIK GAN

MAJLIS PERSARAAN PK HEM PN LOO GAIK GAN

Pada 25 September 2024 (Rabu) yang lalu, Smk Seri Kembangan telah mengadakan majlis persaraan PK Hem Pn Loo Gaik Gan di dewan PIBG. Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Majlis ini dimulai dengan ucapan Pn Teo Boon Hwa, pengetua Smk Seri Kembangan, diikuti En. Md Juri Bin Kamdi, ucapan wakil guru dan diakhiri dengan ucapan Pn Loo Gaik Gan. Aktiviti diteruskan dengan persembahan Gendang 24 musim. Seterusnya, persembahan Chinese Orchestra, diikuti dengan nyanyian oleh En. Mior Mohd Izzuddin dan beberapa orang murid yang Liveband diakhiri dengan persembahan SK Winds. Kemudian, majlis penyampaian hadiah kepada Pn. Loo Gaik Gan oleh pengetua, guru-guru dan murid-murid. Ini adalah hadiah kenangan sebagai tanda ingatan atas sumbangan dan sokongan kepada pihak sekolah. Akhir sekali, semua guru dan murid mengambil gambar bersama-sama.

About The Author

Leave a Reply