
Sukan Tahunan Sekolah SMK SK Kali Ke-36 2024


Pada 12 Julai 2024 (Jumaat) yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Hari Sukan Tahunan Sekolah SMK SK kali ke-36. Hari Sukan ini telah dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 12:00 tengah hari di padang sekolah. Semua murid sesi petang berkumpul di gelanggang bola tampar A dan dataran ilmu, manakala murid tingkatan tiga (sesi pagi) berada di kelas masing-masing. Murid tingkatan empat berkumpul di gelanggang bola tampar C dan murid tingkatan lima berada di kantin untuk mengambil kehadiran. Hari Sukan Tahunan Sekolah kali ke-36 dimulakan dengan pembarisan rumah sukan, lembaga pengawas dan persatuan kokurikulum. Acara Hari Sukan Tahunan Sekolah kali ke-36 termasuklah, balapan 100m bagi kelas L1,P1, L2,P2, L3, P3 dan 4 x 100M L1, PI, L2, P2, L3, P3. Acara diteruskan dengan pertandingan tarik tali untuk perempuan, lelaki dan guru-guru. Akhir sekali upacara penyampaian hadiah oleh barisan pentadbir kepada setiap pemenang. Hiasan khemah dan juara keseluruhan telah dimenangi oleh rumah sukan Kenyalang.

