Program Kesihatan Saringan Darah
Pada 24 Julai 2024, SMK Seri Kembangan telah menganjurkan Program Kesihatan Saringan Darah yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Tujuan utama program ini adalah memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Ini merupakan langkah yang baik untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan komuniti sekolah, serta memberikan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan secara berkala.