Select Page

MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA TAHUN 2024

MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA TAHUN 2024

Pada 16 dan 17 Julai 2024 yang lalu, SMK Seri Kembangan telah mengadakan minggu pendidikan kerjaya bagi tahun 2024 di dewan PIBG. Program ini berlangsung bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Program dimulai dengan Nyanyian lagu Negaraku dan ucapan aluan daripada Pengetua Puan Teo Boon Hwa.
Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid tingkatan 4 dan 5 mengenali pelbagai jurusan yang ditewarkan oleh universiti yang berada di Malaysia seperti Lecordon Bleu Sunway, Taylor College, Tar-UMT Universiti, Clazroom, DSIC dan sebagainya. Mereka juga berpeluang mengetahui maklumat mengenai syarat kemasukan dan biasiswa yang ditawarkan.
Tambahan lagi, diadakan juga pertunjukkan kereta mewah jenama Lamborghini yang menarik perhatian murid-murid. Kereta mewah ini dipamerkan di luar dewan menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah ke disebabkan murid yang teruja melihat keistimewaannya. Pertunjukkan ini menambah lagi keceriaan dan menarik minat murid terhadap Program Minggu Pendidikan Kerjaya.
Program berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Kami berasa sangat gembira kerana dapat melibatkan diri dalam program ini dan menghargai kehadiran tetamu yang menjayakannya.
Kesimpulannya, Pameran Kerjaya dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang akan menamatkan alam persekolahan. Impak yang positif ternyata akan membantu pelajar membuat pilihan kerjaya. Semoga generasi hari ini sedar bahawa kebolehan dan kemampuan mereka menjadi ganis penentu kerjayaan dan kegemilangan negara untuk terus gemilang.

About The Author

Leave a Reply