
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU BAHASA CINA (SARINGAN)

Pada 10 Mei 2024 (Jumaat) yang lalu, SMK Seri Kembangan telah mengadakan Saringan
Pertandingan Nyanyian Lagu di kelas 5 Sains 3.
Saringan ini berlangsung pada pukul 1:00 tengah hari hingga 5:00 petang. Terdapat 2 kategori iaitu solo dan chorus dan pertandingan ini terbuka kepada semua murid sesi pagi.
Bagi peserta-peserta yang menang dalam saringan, mereka akan dipilih untuk menyertai pusingan akhir yang akan diadakan pada 17 Mei 2024. Diharapkan kerjasama ahli jawatankuasa dan peserta -peserta dapat melancarkan pertandingan ini.


