
Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peringkat Daerah/MSSD, Negeri dan Kebangsaan

Pada 2 Oktober 2023 (Isnin) yang lalu, SMK Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Peringkat Daerah/MSSD, Negeri dan Kebangsaan. Majlis tersebut telah bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi di Dewan PIBG. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi sijil dan anugerah kepada murid-murid yang telah mencapai kejayaan. Selain itu, majlis ini juga dapat menggalakkan pelajar-pelajar lain untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.

