
Pertandingan Piala Juara-Juara Sejarah 1

Pada 12 September 2023 (Selasa) yang lalu, SMK Seri Kembangan telah mengadakan Pertandingan Piala Juara-Juara Sejarah 1. Majlis ini berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 1 petang di Bilik Tayang dan Perpustakaan. Pertandingan ini bertujuan untuk menarik minat pelajar mendalami subjek sejarah dengan cara yang lebih menarik. Pertandingan ini juga membantu peserta-peserta untuk menjawab soalan dalam SPM.

