
Penyampaian Hadiah Merentas Desa dan Pra-Kejohanan Olahraga SMKSK

Pada 17 Julai 2023 (Isnin) yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan penyampaian hadiah merentas desa dan pra-kejohanan olahraga. Aktiviti tersebut telah bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi di dewan PIBG SMK Seri Kembangan. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan pingat-pingat dan hadiah-hadiah kepada para pelajar serta guru rumah sukan yang telah memenangi acara dalam kejohanan olahraga SMK Seri Kembangan ke-35. Selain itu, aktiviti penyampaian hadiah ini juga dapat menggalakkan pelajar yang lain untuk aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

