
Bulan Akademik SMK Seri Kembangan 2023

Pada 12 Jun 2023(Isnin)yang lepas , SMK Seri Kembangan telah menjalankan Program Bulan Akademik tahun 2023 yang telah dirasmikan di Dewan PIBG SMK Seri Kembangan pada pukul 7.30 pagi. Program ini dilaksanakan bermula 6 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah persembahan seperti sketsa dan deklamasi puisi yang telah disampaikan oleh murid-murid. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid SMK Seri Kembangan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan akademik yang berfaedah secara aktif.


