
Liveband Audition 2023

Pada 15 April 2023, hari Sabtu, kelab Liveband telah mengadakan sesi pemilihan untuk memilih 3 pemenang yang diadakan di bilik tayang sekolah. Hadiah pertama untuk pemenang ialah RM300, hadiah kedua ialah RM200 dan hadiah ketiga ialah RM100. Terdapat 2 orang guru dan 4 murid yang bertindak sebagai pengadil. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang muzik. Peserta-peserta membuat persembahan dengan alat muzik seperti gitar, piano, bass dan sebagainya.

