RIMUP Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Guru 2022
Pada 20 Mei 2022 (Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru di dewan dan di auditorium.Majlis ini diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Sebahagian daripada guru dan pelajar yang memakai pakaian tradisional mengikut kaum mereka telah melibatkan diri dalam “fashion show”. Aktiviti ini penting untuk memperkenalkan pakaian tradisional pelbagai kaum yang ada di Malaysia . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara guru dan murid serta dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.