
Hari Orientasi 2022

Pada 4 April 2022 (Isnin), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Hari Orientasi 2022. Majlis ini diadakan pada pukul 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang bertempat di Dewan PIBG. Puan Pengetua dan guru-guru telah memberikan ucapan kepada murid-murid supaya mereka mendapat pendedahan mengenai SMK Seri Kembangan. Majlis ini juga diadakan untuk membantu murid-murid baharu supaya mereka dapat menyesuaikan diri bagi meneruskan persekolahan di peringkat sekolah menengah.