
Majlis Pelancaran Program Nilam

Pada 21 April 2022 bersamaan hari Khamis ,Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Nilam.Majlis ini diadakan pada pukul 8:00 pagi hingga 9:15 pagi di kelas masing-masing. Program ini diadakan untuk meningkatkan amalan membaca dalam kalangan murid disamping dapat menarik minat murid untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan.