
Majlis Titipan Kasih, Seikhlas Budi

Pada 15 September 2020 (Selasa), SMK Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Titipan Kasih, Seikhlas Budi untuk mengenang jasa Puan Parameswari A/P Nadarajah, Puan Ang Chin Neo serta Puan Kamariah BT Yusof selama ini. Majlis diadakan pada pukul 10.00 pagi hingga 12.30 petang di auditorium. Guru-guru memberikan hadiah kepada Puan Parames, Puan Ang dan Puan Kamariah sebagai perhargaan jasa mereka.