Senarai Semak Keperluan Murid dan Soalan Whooley Tingkatan 4
Pada 5 Ogos 2020 (Rabu) , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah menganjurkan Program Senarai Semak Keperluan Murid dan Soalan Whooley kepada semua pelajar tingkatan empat. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan murid melalui senarai semak keperluan murid dalam kebiasaan baharu dan menjalankan saringan minda sihat ujian whooley untuk mengetahui murid yang terjejas emosi dalam tempoh sebulan sebelum pembukaan sekolah.