
Hari Ketiga Persekolahan selepas PKP

Pada 26 Jun 2020 (Jumaat), hari ini merupakan hari ketiga pelajar Tingkatan 5 kembali ke pangkuan sekolah. Para guru telah menyambut ketibaan murid-murid di dua pintu masuk dan telah mengambil suhu badan setiap murid. Guru-guru juga memastikan setiap murid mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung dengan keadaan selamat.