
Hari Kedua Persekolahan selepas PKP

Pada 25 Jun 2020 (Khamis), hari ini merupakan hari kedua pelajar Tingkatan 5 kembali ke pangkuan sekolah. Para guru telah menyambut ketibaan murid-murid di dua pintu masuk dan telah mengambil suhu badan setiap murid. Guru-guru juga memastikan setiap murid mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung dengan keadaan selamat.