Majlis Sambutan Hari Jadi Bulan Jan-Mac Sesi Pagi
Pada 28 Februari 2020 (Jumaat), Majlis Sambutan Hari Jadi Bulan Juanari hingga Mac telah diadakan di Dewan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Majlis tersebut diadakan untuk menyambut hari jadi guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac. Majlis tersebut dianjurkan oleh Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya. Hadiah telah diberikan kepada guru-guru dan murid-murid yang menyambut Hari Jadi pada majlis tersebut oleh PK Pentadbiran, Encik Yusof. Majlis dijalankan dengan lancer dan meriah.