MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI BULAN JULAI HINGGA DISEMBER
Pada 30 ogos 2019 (Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan sambutan hari jadi bulan Julai hingga bulan Disember di dewan sekolah. Sambutan ini bermula dari pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan memainkan video sambutan hari jadi. Encik Muhammad Bin Ibrahim dan Pn Hajah Hindun telah dipersilakan untuk menyampaikan hadiah kepada guru dan murid yang menyambut hari jadi pada bulan Julai hingga bulan Disember. Sambutan ini bertujuan untuk menghargai kelahiran guru dan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan.