
Seminar Bahasa Melayu 2019

PAda hari Rabu, 31/7/19, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Seminar Bahasa Melayu di Bilik Tayang pada pukul 7:30 a.m. hingga 10:30 a.m. Tujuan mengadakan seminar ini adalah untuk mendedahkan murid tentang teknik menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2. Tambahan pula, Seminar Bahasa Melayu ini dapat menanam minat murid terhadap mata pelajaran tersebut. Seminar ini juga boleh meningkatkan keyakinan murid dalam menjawab soalan Bahasa Melayu SPM.