Rimup Tahun Baru Cina 2019 (Sesi pagi)
Pada 1 Februari 2019 (Jumaat), Rimup Tahun Baru Cina telah diadakan di Dewan PIBG bermula pada pukul 7:30 pagi. Sebahagian warga sekolah memakai baju berwarna merah sebagai simbolik untuk meraikan Tahun Baru Cina secara besar-besaran. Para guru telah membimbing pelajar-pelajar dengan baik untuk membuat persembahan semasa Rimup Tahun Baru Cina. Dato Teo Geck Heng telah merasmikan majlis sambutan Rimup Tahun Baru Cina tahun ini. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara ‘Lou Shang’. Pada 8:45 pagi, sambutan dihangatkan lagi dengan persembahan seperti Gendang 24 musim 1 Malaysia, Wushu, Chinese Orkestra, Tarian Tradisional, Nyanyian pelajar, Pancaragam dan juga Live Band. Guru-guru diberikan cenderahati , limau mandarin serta ‘angpau’ sebagai tanda kesyukuran. Persembahan ‘Lion Dance’ telah menarik tumpuan semua tetamu, guru-guru dan pelajar-pelajar. Rimup ini telah tamat pada pukul 11:45 pagi. Tuan pengetua, para pentadbir, tetamu jemputan serta para guru dijemput menjamu selera di Bilik Tayang.