Sambutan Hari Jadi Bulan Julai hingga Disember
Pada 2 November 2018 (Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Sambutan Hari Jadi Bulan Julai hingga Disember di dewan PIBG. Sambutan ini bermula dari pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan memainkan video Sambutan Hari Jadi. Pengetua telah dipersilakan untuk menyampaikan hadiah kepada guru dan murid yang menyambut hari jadi pada bulan Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember. Sambutan ini bertujuan untuk menghargai kelahiran guru dan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan.