
Hari Kedua PT3

Pada hari 2 Oktober 2018 (Selasa), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan aktiviti memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar-pelajar calon PT3. Encik Tay Keng Lee, PPN, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan dan guru-guru serta beberapa pelajar berkumpul di pintu sekolah untuk meningkatkan keyakinan pelajar dan mengharap mereka akan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3.