
Program Kreatif Motivasi

Pada 19 September 2018 (Rabu), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Program Kreatif Motivasi di Bilik Tayang pada pukul 9 pagi hingga pukul10.50 pagi. Objektif program ini adalah untuk memberitahu bahawa murid-murid mesti menabung dan menggunakan wang dengan bijak. Murid-murid telah mengisi borang tentang pendapatan mereka. Pihak RHB Bank juga telah menghadiahi murid-murid sehelai sijil dan beg.