Upacara Sembahyang (POOJAH)
Pada 17 Julai 2018 (Jumaat), SMK Seri Kembangan telah mengadakan Upacara Sembahyang (POOJAH) bagi semua guru dan pelajar beragama Hindu. Objektif program ini ialah untuk berdoa dan memohon restu agar pelajar dikurniakan dengan kesihatan badan dan akal yang baik semasa peperiksaan. Selain itu, upacara ini bertujuan memohon agar Tuhan memberkati segala usaha pelajar dan memudahkan mereka menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Akhirnya, upacara ini dapat menanam kesedaran di hati naluri pelajar agar mereka berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai kecermelangan dalam akademik.