Perasmian Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018
Pada 6 Julai 2018 (Isnin), Perasmian Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Perasmian tersebut telah memupuk dan menyemarakkan perasaan cinta dan menyayangi negara Malaysia selepas dengan tema tahun ini. Selain itu, hal ini mewujudkan perasaan kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah ini. Aturcara program ialah upacara perasmian Tuan pengetua, gimik perasmian, persembahan kawad kaki berformasi daripada badan beruniform dan nyanyian lagu patriotik.