
Program Minda Sihat

Pada 4 Julai 2018 (Rabu), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Ceramah Program Minda Sihat di Bilik Tayang. Pelajar-pelajar tingkatan 4 yang dipilih dapat menghadiri ceramah ini. Pada pukul 10.15 pagi, pensyarah dari universiti mula memberikan ucapan. Objektif ini adalah untuk membantu pelajar yang mempunyai tanda-tanda stress dengan cara untuk menguruskan stress dan kemurungan dan pendedahan tentang kesan sekiranya stress tidak diurus dengan baik.