
Ujian Saringan Darah Talasemia

Pada 27 Jun 2018 (Rabu), Ujian Saringan Darah Talasemia telah diadakan bagi pelajar tingkatan 4 diSMK Seri Kembangan dari pukul 10.15 pagi hingga 11.25 pagi. Tujuan ujian tersebut adalah untuk menyaring darah bagi mengesan penyakit keturunan Talasemia dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan mengesan pelajar yang membawa gen Talasemia atau penyakit Talasemia.