
Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Tampar Peringkat MSSD

Pada 16 April 2018 (Isnin), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pertandingan bola tampar MSSD di dewan PIBG. Pengetua telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Sekolah kita telah mendapat johan dalam kategori lelaki U18, U15 dan juga perempuan U18, U15. Objektif penyampaian hadiah ini adalah untuk menghargai jasa para peserta kerana mereka bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.