• Aug : 22 : 2016 - Minggu Sains dan Matematik tahun 2016
  • Aug : 19 : 2016 - Ceramah Pembelajaran Di Taiwan
  • Aug : 15 : 2016 - Pelancaran Bulan Kebangsaan ke-59
  • Aug : 3 : 2016 - PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS JULAI 2016
  • Jul : 29 : 2016 - Karnival Sukan 2016

JAWATANKUASA PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH

Pengerusi                    :   En Tay Keng Lee,PPN   Pengetua

Naib Pengerusi I      :   Pn Hjh Hindun bt Md Nor   Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II    :   En Mohd Yusuf b Ibrahim   Penolong Kanan

Naib Pengerusi III   :   En Abdul Salam b Daiman   Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi IV   :   Pn Chieng Lay King   Penolong Kanan Petang

Setiausaha :   Cik Low Foo Lin   Ketua Guru Disiplin  (pagi)

Pen Setiausaha I   :  Pn Parameswari a/p Nadarajah   Ketua Guru Disiplin  (Petang)

Pen Setiausaha II  :  -Pn Chua Poet Yan    Pen Ketua Guru Disiplin (pagi)

-Pn Keoy Sock Hong   Pen Ketua Disiplin (petang)

Penyelaras Blok  :

Blok A & B :

-Pn Saraspaty a/p Alechaiah -Pn Norhasni bt Salim

-Cik Khor Yin Chu -Pn Nurul Ezzah bt Hamzah

Blok D & Bilik koku :

-Pn Raznani bt Razali -Pn Kanmani a/p Kandasamy

-Pn Suzana bt Saka

-En Mohd Bahrim b Daud

Blok E  :

-Pn Kwang Chew Say

-Pn Lim Geoh Sim

-Pn Nooraini bt Che Yahya

-Pn Noraini bt Karrim

Blok F & H  :

-Pn Norzihan bt Eshak

-En Mohd Azwan b Yaacob

-Pn Nor Aqmar bt Zulkifli

-Cik Thong Yoke Mei

-Pn Kwan Poi Ling

 

Blok G  :

-Pn Mazura bt Jamaluddin

Pn Geetha Nair a/p Balev Krishrian

Pn Jamilah bt Abdullah Aziz

Pn Syazana bt Adnan

Rondaan  :

-Cik Low Foo Lin (K)

-Pn Chua Poet Yan

-Cik Wong Yoke Lan (K)

-Cik Ung Ho Ho

Rondaan & CCTV  :

-En Lim Ewe Guan

Perhimpunan  :

-En Tan Chin Lee

Lembaga Pengawas Sesi Pagi dan Petang  :

Pemantau Utama  :

-Pn Hajah Hindun bt Mohd Nor – PK HEM

Penasihat Lembaga  :

-Pn Ezlin bt Mohd Taher (K)

-Cik Ung Ho HO (K)

-Pen Nasihat Lembaga Pengawas  :

-En Mohd Azwan bin Yaacob

-Pn Zunainah bt Abdul Rahman

En Mohd Bahrin bin Daud

Pn Munirah bt Baharuddin

PENGENALAN

Pembangunan modal insan yang dihasratkan oleh kerajaan adalah bermula dari alam persekolahan. Ia termasuk usaha membentuk peribadi mulia di kalangan pelajar di mana semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi kerajaan, pimpinan semua peringkat, agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah, para ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta media massa. Gejala disiplin yang melibatkan pelajar sekolah boleh membantutkan usaha tersebut. Justeru Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka satu sistem yang boleh mengukur dan menilai tingkah laku pelajar seterusnya berupaya mengawal tingkahlaku tersebut. Pengukuran dan penilaian tersebut boleh digunakan oleh sekolah bagi menjadi petunjuk atau panduan untuk merangka strategi pencegahan, pemulihan dan pengembangan secara lebih berkesan.

NAMA PROGRAM

SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID (e-Disiplin)

VISI

“Modal Insan Pelajar Terbilang”

MISI

Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

KONSEP

Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku pelajar. Seterusnya, langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PRINSIP PELAKSANAAN

  1. Pelaksanaan dasar ‘semua guru adalah guru disiplin’
  2. Pemantapan kerjasama dan tindakan antara guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling.
  3. Mempermudahkan tugas guru dalam pengurusan disiplin pelajar.

 

SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID (e-DISIPLIN)

 

Pengenalan

Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) yang berasaskan web. SMK Seri Kembangan (SMKSK) adalah satu daripada 50 buah sekolah di sekitar negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyertaikan projek rintis ini. Sistem e-Disiplin ini telah dilaksanakan di sekolah mulai 1hb Mac 2010 bagi memantau dan mengawalselia prestasi disiplin dalam kalangan pelajar mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sistem e-Disiplin merupakan satu kaedah pemarkahan (merit & penalti) secara automasi yang berfungsi sebagai satu instrumen bagi mengukur, mengesan dan mengawalselia prestasi disiplin pelajar dan berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam pengurusan disiplin yang mantap di sekolah.

Untuk merealisasi dan melaksanakan dasar Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa ”Semua Guru Adalah Guru Disiplin”, maka semua guru SMKSK dipertanggungjawabkan untuk memantau salah laku pelajar sepanjang waktu persekolahan.

Sistem ini juga berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam pengurusan disiplin yang mantap di sekolah. Selain daripada itu, ia dibina bagi memperluaskan lagi fungsi SSDM ke arah mengawal disiplin murid di peringkat sekolah seperti rajah di bawah.

Salah Laku Pelajar
SSDM + e-Disiplin
Intervensi

Sistem Pemarkahan

Maksud ’markah’ dalam e-Disiplin adalah markah penalti dan markah merit yang diberikan kepada seseorang pelajar. Markah penalti diberikan bagi kesalahan yang dilakukan manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit. Markah ini diberikan bukan sebagai satu bentuk hukuman malah ia bersifat sebagai petunjuk atau indikator bagi tujuan mengawalselia tingkahlaku pelajar.

Peruntukan Markah

Ciri utama yang menggerakkan sistem e-Disiplin adalah pemberian markah penalti dan markah merit. Pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah akan diisu ’Borang Salah Laku’ (BSL) atau lebih dikenali sebagai ’Saman Disiplin’ oleh guru-guru dan markah penalti akan diberikan mengikut kadar yang ditetapkan iaitu, 3 markah bagi kesalahan ringan, 5 markah bagi kesalahan sederhana dan 10 markah bagi kesalahan berat. Manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit.

Setelah mencapai jumlah markah yang ditetapkan, sistem akan secara automatik memaparkan peringatan bagi mengeluarkan Amaran 1 (AD1), Amaran 2 (AD2) dan seterusnya sehingga Amaran 5 (AD5) iaitu Buang Sekolah.

Berikut adalah Sistem Permarkahan dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :

Jumlah Markah Tindakan Sekolah Tindakan Pelajar
3 – 19 Amaran lisan kepada pelajar Menerima amaran lisan
20 – 30 Amaran Pertama (bertulis) Menerima amaran, sesi kaunseling & kerja amal
31 – 40 Amaran Kedua (bertulis) Menerima amaran, sesi kaunseling, kerja amal
41 – 59 Pemantauan & Bimbingan kpd pelajar Sesi kaunseling berterusan
60 – 70 Hukuman GANTUNG SEKOLAH Sesi kaunseling khas selepas menjalani hukuman, membuat akujanji, kerja amal
71 – 79 Bimbingan Intensif Sesi kaunseling berterusan dan kerja amal
80 – 99 AMARAN AKHIR Muhasabah diri.  Kerja amal, sesi kaunseling intevensi
100 ↑ Hukuman BUANG SEKOLAH Buat rayuan dalam masa 30 hari

 

 

 

 

PROSES KAWALAN DISIPLIN

Proses kawalan disiplin pelajar terdiri daripada :

  1. i. Kerja Amal

Pelajar-pelajar yang melakukan salah laku disiplin dan telah diberi amaran sewajarnya diberikan suatu bentuk kerja amal yang bukan bercorak hukuman, sebaliknya untuk memberinya peluang memperbaiki dirinya agar berkelakuan positif.

  1. Bimbingan dan Kaunseling

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah perkhidmatan yang member peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Mereka sebenarnya berpotensi untuk berubah sikap sekiranya diberi peluang dan bantuan untuk berbuat demikian. Menghukum semata-mata tidak akan menyelesaikan sepenuhnya masalah yang mereka hadapi. Mendekati menerusi proses kaunseling adalah salah satu daripada kaedah ke arah itu.

  1. Program Intervensi

Memberi peluang yang secukupnya kepada pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin, melalui pelbagai program pembangunan sahsiah diri secara sistematik. Antara program intervensi yang boleh dilaksanakan ialah seminar. kursus, forum, kem jati diri, lawatan ke rumah kebajikan, pusat serenti, penjara, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya.

Featured Video

Minggu Sains dan Matematik...

Posted on Aug - 22 - 2016

Comments Off on Minggu Sains dan Matematik tahun 2016

Ceramah Pembelajaran Di Taiwan

Posted on Aug - 19 - 2016

Comments Off on Ceramah Pembelajaran Di Taiwan

Pelancaran Bulan Kebangsaan ke-59

Posted on Aug - 15 - 2016

Comments Off on Pelancaran Bulan Kebangsaan ke-59

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN...

Posted on Aug - 3 - 2016

Comments Off on PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS JULAI 2016

Karnival Sukan 2016

Posted on Jul - 29 - 2016

Comments Off on Karnival Sukan 2016

SK Cergas Tingkatan 3

Posted on Apr - 3 - 2015

Comments Off on SK Cergas Tingkatan 3

Pelancaran Sambutan Jubli Emas...

Posted on Mar - 18 - 2014

Comments Off on Pelancaran Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50

Minggu Koperasi 2012

Posted on Jun - 22 - 2012

Comments Off on Minggu Koperasi 2012

Jamuan Berbuka Puasa

Posted on Aug - 16 - 2011

Comments Off on Jamuan Berbuka Puasa

SK Cergas

Posted on Jun - 17 - 2013

Comments Off on SK Cergas

Twitter updates

RSS not configured

Sponsors

  • Terkini

  • Upcoming events

  • Meta