Select Page

Sambutan Ambang Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka

Pada 3 September 2018 (Isnin), Sekolah Menengah Seri Kembangan telah menganjurkan Sambutan Ambang Merdeka di dewan PIBG. Objektif sambutan Sambutan Ambang Merdeka dianjurkan adalah untuk memupuk dan menyemarakkan perasaan cinta dan menyayangi negara Malaysia selaras dengan tema tahun ini. Objektif yang kedua ialah dapat mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah ini.Selain itu,Sambutan Ambang Merdeka yang dianjurkan dapat memberi peluang kepada pelajar agar dapat menggunakan kreativiti dan bakat mereka dalam sebarang aktiviti yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan ini.Semua pelajar diminta berkumpul di dewan PIBG pada pukul 7:30. Pada pukul 8 pagi, program telah dimulakan dengan pasukan basikal rumah sukan masing-masing , pasukan Pancaragam dan semua warga sekolah SMKSK.Selepas perarakan selesai,majlis perasmian bermula Encik Tay Keng Lee, PPN selaku Tuan Pengetua Sekolah Menengah Seri Kembangan dan Dato Liew Yuen Keong telah menyampaikan ucapan perasmian.Majlis perasmian diteruskan dengan gimik perasmian,iaitu ‘Bendera Gergasi’ Majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar taekwondo dan Chinese Orchestra.Aktiviti ini bersurai pada pukul 11 pagi.  

About The Author

Leave a Reply