Select Page

RIMUP Hari Raya Aidilfitri 2023

RIMUP Hari Raya Aidilfitri 2023

Pada 5 Mei 2023(Jumaat)yang lepas, SMK Seri Kembangan telah mengadakan RIMUP Hari Raya Aidilfitri di Dewan PIBG sekolah. Majlis Sambutan RIMUP Hari Raya Aidilfitri bermula pada pukul 8.00 pagi yang dirasmikan oleh Puan Teo Boon Hwa,pengetua SMK SK dan Encik Daniel Lin For Ying selaku Naib YDP PIBG. Pelbagai aktiviti yang telah disajikan semasa RIMUP Hari Raya Aidilfitri 2023. Antaranya ialah persembahan tarian, nyanyian, Gendang 24 Musim, persembahan sketsa dan sebagainya. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara murid dengan guru. Melalui majlis ini, murid-murid yang berbilang kaum juga dapat memahami tradisi dan adat resam kaum Melayu dengan lebih mendalam.

About The Author

Leave a Reply