Peraturan Pemakaian Baju PJPK

Pada 21 Januari 2013 (Isnin), Setiausaha Sukan SMK Seri Kembangan, Pn Tan Jin Yin telah dijemput untuk menjelaskan peraturan pemakaian baju PJPK SMK Seri Kembangan kepada para pelajar semasa perhimpunan pagi.

1) Pelajar perlu memakai pakaian PJPK SMK Seri Kembangan iaitu baju putih berkolar biru muda yang dijual di koperasi sekolah sahaja. Manakala seluar sukan pula mestilah berwarna biru tua atau hitam.

2) Pelajar-pelajar dibenarkan memakai baju PJPK terus dari rumah ke sekolah sekiranya ada kelas PJPK pada hari tersebut. Semua pelajar wajib menukar semula kepada uniform sekolah selepas kelas PJPK atau semasa rehat. Guru-guru PJPK akan membuat rondaan selepas rehat untuk memastikan pelajar telah menukar semula pakaian.

3) Guru-guru juga diminta memberi kerjasama dengan menegur dan mengarahkan pelajar menukar pakaian sekiranya pelajar berbuat demikian.

4) Pelajar-pelajar dilarang memakai pakaian PJPK ke sekolah pada hari yang tiada kelas PJPK.

5) Tindakan disiplin akan diambil terhadap pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian PJPK.

P1390793 - Copy

 

P1390821

P1390823