Selamat Datang | Welcome | 欢迎 | நல்வரவு

jubli emas logo (800x493)Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK Seri Kembangan.

Sebuah sekolah yang terletak di Seri Kembangan, SMK Seri Kembangan telah dibina pada tahun 1965. Sehingga kini, sekolah ini telah 48 tahun menjana generasi gemilang!

Di bawah kepimpinan Tuan Pengetua, En Tay Keng Lee, PPN, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mencapai kemajuan yang amat mengkagumkan. Kami menduduki ranking ke-561 daripada 2248 buah sekolah pada tahun 2011 berbanding kepada kedudukan 1930 pada tahun 2010.

Konsep guru penyayang yang dilaksanakan dapat memupuk perasaan cinta, kasih dan sayang antara guru dan pelajar. Dengan itu, pelajar akan lebih komited dalam akademik dan kokurikulum.

Pelbagai program kurikulum dan kokurikulum yang diadakan untuk para pelajar. Guru – guru yang prihatin meluangkan masa yang lebih untuk mendidik para pelajar menerusi kelas tambahan dan program – program akademik yang lain. Bidang kokurikulum pula amat diberi perhatian demi membolehkan pelajar mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Pelajar diberi latihan, dorongan, didikan dan peluang agar dapat menimba pengetahuan dan menambahkan pengalaman.

Laman web ini direka khas untuk anda! Semoga anda dapat meluangkan sedikit sebanyak masa untuk melayari laman kami yang sentiasa dikemas kini dengan berita – berita terkini. Layari juga muka Facebook kami @ www.facebook.com/smkserikembangan.

Terima kasih.



%d bloggers like this: